0

Nilai kepelbagaian Biologi Kepada Alam sekitar dan Manusia



 Mengapa kita perlu mempelajari kepelbagaian biologi? Ia hanya boleh difahami apabila kita memahami biodiversiti dan betapa besarnya peranannya kepada manusia serta nilainya kepada keseimbangan alam. Biodiversiti mempunyai tiga nilai yang besar iaitu nilai sebagai perkhidmatan ekosistem, sumber biologi dan memberi faedah sosial. 

Dalam memberikan perkhidmatannya kepada ekosistem, nilai biodiversiti boleh dibahagikan  kepada tujuh fungsi. Antaranya ialah:

a) biodiversiti bertindak sebagai penangkap air semulajadi di kawasan tadahan hujan seperti hutan dimana akar tumbuhan akan menangkap air hujan dan menyaring air tersebut. Proses ini membantu dalam kitaran hidrologi, mengawal atur dan menstabilkan kadar larian air bagi membekalkan air kepada hidupan persekitarannya. Proses ini juga membantu menghalang berlakunya kejadian melampau seperti banjir dan kemarau.

b) Selain itu, biodiversiti juga memberi perlindungan dan membantu pembentukan struktur tanah. Akar-akar tumbuhan menolong memegang tanah menyebabkan tanah tidak dibawa lari ke tempat lain. Ini akan mengekalkan aras nutrisi dan kelembapan tanah. Secara tidak langsung, proses ini boleh memelihara kapasiti produktiviti tanah, mencegah tanah runtuh, mengawal hakisan pantai dan tebing sungai, serta mengurangkan pemusnahan terhadap terumbu karang dan kawanan ikan akibat pemendakan tanah.

c) Biodiversiti juga penting terhadap kitar dan penyimpanan nutrisi. Contohnya, keseimbangan biodiversiti semulajadi akan menyebabkan unsur karbon boleh dikitar secara baik dan boleh kembali kepada bentuk asalnya kerana asas kehidupan di bumi ini adalah unsur karbon.

d) Ekosistem biodiversiti dan proses ekologi memainkan peranan yang penting dalam pemecahan dan penyerapan pencemaran yang dicipta oleh aktiviti manusia seperti sampah, kumbahan dan tumpahan minyak. Biodiversiti tanah lembap bertindak menapis bahan kumbahan untuk mengeluarkan nutrien, logam berat dan pepejal terampai, mengurangkan penggunaan oksigen dan memusnahkan mikroorganisma berbahaya.

e) Kestabilan biodiversiti menyumbang kepada kestabilan cuaca. Tumbuh-tumbuhan mempengaruhi iklim. Hutan yang tidak diganggu oleh aktiviti manusi akan membantu mengekakan hujan kerana kitar semulajadi wap air di kawasan kanopi hutan mempengaruhi perolakan iklim.

f) Biodiversiti mengekalkan ekosistem di mana benda hidup dan benda bukan hidup saling memerlukan dan jika tiada gangguan luar, perhubungan ini mengekalkan keseimbangan biodiversiti secara semulajadi.

g) Menjaga ekosistem biodiversity akan memelihara kita daripada kejadian yang tidak dijangkakan. Mengekalkan ekosistem yang sihat boleh meningkatkan peluang pemuliharaan semulajadi terhadap haiwan dan tumbuhan di samping boleh mengelakkan bencana yang tidak diingini seperti kemarau dan banjir.

Dari aspek sumber biologi, biodiversiti memberikan kepada kita enam kepentingan iaitu:

a) Alam persekitaran menyediakan pelbagai makanan yang menyihatkan kepada manusia sedangkan makanan yang ada pada zaman sekarang sudah tidak selamat lagi samaada mengadungi racun atau genetiknya sudai diubahsuai.

b) Sebahagian besar sumber perubatan diperolehi daripada alam semulajadi contohnya ubat-ubatan berasaskan herba serta daripada mikroorganisma seperti peicilin dan kebanyakannya masih belum diterokai.
 
c) Produk berasaskan kayu yang digunakan untuk sumber utama bahan api, bahan pembinaan dan penghasilan kertas juga dalam penghasilan alatan muzik.

d) Biodiversiti menjadi tempat pembiakan serta takungan populasi kebanyakan spesies daratan dan air seperti di hutan paya bakau dan tanah lembap. Ini menyediakan satu sistem sokongan yang bernilai terhadap sumber dan faedah persekitaran.

e) Tumbuhan hiasan daripada alam semulajadi digunakan secara meluas untuk tujuan hortikultur.

f) Biodiversiti sebagai sumber akan datang kerana tiada siapa pun tahu apakah spesies yang masih ada pada masa akan datang untuk menjadi sumber makanan kepada kita dan organisma lain.

Dari aspek kepentingan sosial pula, biodiversiti memberikan kepada kita tiga kepentingan iaitu:

a) Kepelbagaian biologi menyediakan ruang yang besar kepada manusia untuk membuat penyelidikan, memberi pendidikan dan membuat pemantauan terhadap rahsia-rahsia alam yang masih tersimpan hingga kini.

b) Biodiversiti menyediakan tempat rekreasi yang mempunyai nilai estetika yang pelbagai termasuklah nilai kesusasteraan, fotografi, filem, pelancongan dan sebagainya.

c) Sesetengah sumber alam memberi nilai identiti kerohanian dan budaya sesuatu bangsa contohnya sirih junjung yang menjadi symbol tradisi adat perkahwinan orang melayu.

Pengajaran yang saya perolehi daripada kelas biodiversiti kali ini ialah kita sebagai salah satu hidupan di dalam ekositem biodiversiti saling memerlukan dan perlu bekerjasama dengan alam sekeliling untuk menjaga keseimbangannya. Terlalu banyak nikmat yang kita dapat daripada ekosistem biodiversiti dan mengabaikannya adalah satu pembaziran yang kurang disedari oleh masyarakat manusia. Penjagaan dan pemuliharaan biodiversiti adalah jalan terbaik untuk mengekalkan nikmat yang kita masih ada sekarang.

Kepada guruku, terima kasih tidak ternilai di atas segala ilmu yang dicurahkan.

~oleh itu, wahai sahabat2ku sekalian, marilah kita sama2 menghargai alam ini sebelum waktu dunia ini terhenti~


0 ulasan:

Back to Top