0

Terima kasih wahai Tuhan ku

Ya Allah
ampunilah aku
ampunilah segala dosa2 ku
aku byk berbuat dosa
ampunilah aku wahai Tuhan ku
ampunilah aku wahai Tuhan ku

Ya Allah
berikanlah kekuatan iman di dalam diriku
untuk aku melawan nafsuku sndiri
untuk aku melawan hasutan syaitan
untuk aku melawan segala kejahatan

Ya Allah
kurniakanlah aku ketabahan
untuk menempuh segala ujian

Ya Allah
jadikanlah aku seorg hamba yang redho
di atas segala ketentuan Mu
jadikanlah aku seorg yang bersyukur
atas segala nikmat Mu
jadikanlah aku seorg yang berusaha
meneroka keajaiban ciptaan Mu
mencari tanda-tanda Kebesaran Mu
supaya aku sedar
aku hanya seorang hamba

Ya Allah
kurniakanlah aku dengan nikmat syurga Mu
jauhilah aku dari azab neraka Mu
sesungguhnya tiada lagi tempat aku mengadu
selain dari Mu wahai Tuhan ku
hanya kepada Engkau aku menyembah
dan kepada Engkau lah aku memohon pertolongan
tolonglah aku Wahai Tuhan ku
terimalah aku
terimalah aku 
untuk kembali dalam jiwa yang tenang dan diredhoi
di dalam syuga milik Mu
Terima kasih wahai Tuhan ku
Terima kasih wahai Tuhan ku


0

waktu dhuha

Ya Allah,
 sesungguhnya waktu dhuha itu dhuha Mu,
 kecantikannya kecantikan Mu, keindahannya keindahan Mu,
 kekuatannya kekuatan Mu, kekuasaannya kekuasaan Mu, 
Ya Allah, jika rezeki masih di langit, turunkanlah,
jika di bumi keluarkanlah, jika sukar pemudahkanlah,
jika haram sucikanllah, jika jauh dekatkanlah,
berkat waktu dhuha,
kecantikan Mu, keindahan Mu, kekuatan Mu, kekuasaan Mu,
limpahkan kepada ku segala yang Engkau limpahkan kepada hamba-hamba Mu yang soleh.

solat sunat dhuha menjadi amalan Rasulullah SAW. Antara hadis-hadis yang menyatakan keutamaan solat dhuha :-



Riwayat  Abu Hurairah katanya:-
h_mj1.jpg (44790 bytes)

Maksudnya :"Kekasihku Rasullullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam telah berwasiat kepadaku tiga perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu ; supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat sembahyang Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan"
( Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim )


Rasullullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam pernah bersabda yang maksudnya :      " Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah ( sebagai ganti ) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat sembahyang Dhuha ."

( Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim )


Kelebihan sembahyang Dhuha itu sepertimana di dalam kitab "An-Nurain" sabda Rasullullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam yang maksudnya : "Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan."

Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang maksudnya :
"Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya aku segala dosanya walaupun seperti buih dilautan."
(Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)

Dan daripada Anas bin Malik Radhiallahu 'anhu berkata :
"Aku mendengar Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam berkata : "Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang sunat Dhuha dua belas rakaat dibina akan Allah baginya sebuah mahligai daripada emas"
(Riwayat Ibnu Majah dan Tirmidzi)

Adalah Nabi Sallallahu 'alaihi  wasallam bersembahyang Dhuha empat rakaat dan menambahnya seberapa yang dikehendakinya."
(Hadis riwayat Ahmad, Muslim dan Ibnu Majah)

Dalam sebuah hadis yang lain Nabi Sallallahu 'alaihi wasallam bersabda bermaksud :
" Barangsiapa yang menunaikan sembahyang sunat Dhuha sebanyak dua rakaat tidak ditulis dia daripada orang-orang yang tidak lalai daripada mengingati Allah dan barangsiapa yang menunaikan nya sebanyak empat rakaat ditulis akan dia daripada orang-orang yang suka beribadat dan barangsiapa yang menunaikannya sebanyak enam rakaat dicukupkan baginya pada hari tersebut, barangsiapa menunaikanyan sebanyak lapan rakaat Allah menulis baginya daripada orang-orang yang selalu berbuat taat, barang siapa yang menunaikannya sebanyak dua belas rakaat Allah akan membina baginya mahligai didalam syurga dan tidak ada satu hari dan malam melainkan Allah mempunyai pemberian dan sedekah kepada hamba-hambaNya dan Allah tidak mengurniakan kepada seseorang daripada hamba-hambaNya yang lebih baik daripada petunjuk supaya sentiasa mengingatiNya,"


( Riwayat At-Thabarani )


0

Motivasi diri sndiri: Allah Tempat Bermohon

Apabila kita menghadapi masalah dan kesukaran dalam kehidupan ini, kita akan mencari seseorang untuk meminta pertolongan. Merekalah tempat kita mengadu dan mencurahkan segala isi hati kita. Lega rasanya segala kesusahan yang sedang kita lalui ini dapat dikongsi dengan orang yang paling rapat dengan kita.
         
     Wajarkah kita hanya bergantung harap kepada manusia sedangkan kita tahu hakikatnya manusia tidak memiliki kuasa mutlak? Manusia sangat memerlukan kuasa Allah untuk mendapatkan sesuatu sebagaimana ayat Allah yang bermaksud: "     Allah hendak memberikan keringanan kepadamu, dan manusia dijadikan bersifat lemah." (Surah al-Nisa: 28)



0



Indicator species?

tumbuhan dan haiwan 
-  kehadiran mereka samaada  byk @ sikit
- menunjukkan beberapa ciri kualiti fizikal dan kimia persekitaran tertentu.

DEFINISI LAIN BG SPESIES PENUNJUK

1)  Satu sp. yg kehadirannya menunjukkn hadirnya set sp. yg lain dan ketiadaannya menunjukkn kekurangn set bg keseluruhan sp. di sekitarnya.
-       Bila ada mgsa, pasti ada pemgsa di sekitarnya.
- contohnya ialah tapak sulaiman yang mengawal keseimbangan spesies lain di dalam ekosistem yang didiaminya.

2)  Keystone sp. – penmbahan @ kekurangnnya drp ekosistem membawa perubahan besar dlm taburan sekurg2 1 sp. yg lain.
-       Kehadirannya melindungi sp. lain.
-       Cth:- pokok ara – berbuah sepnjg thn.
                  - mnjdi sumber mknn haiwan lain.
                   
3)  Kehadirannya menunjukkn keadaan abiotik perbuatan
 manusia spt pncemaran air/udara.
-       Lichen – sensitive kpd pncemarn udara
Cth:- usnea subfloridana

-       Tubiflex worm – ada d kwsn pncemarn air

4)  Sp. dominan – beberapa sp. yg menguasai suatu komuniti ekologi.
o    Biojisim/ bilangn individu sp. itu byk

5)  Sp. yang menunjukkan keadaan persekitaran tertentu seperti tanah tertentu atau jenis batu
  cth:---urtica dioica- mennjukkn tanah itu sgt subur

    - rhodondron ponticum – tanah itu berasid 

6)  Sp. yg sensitive (bioindicator)- tunjukkn amaran awal perubahn alam sekitr 
                                     spt perubahan iklim dan pencemarn
                                  - copepoda dan crustacean

7)  Management indicator sp. – sp yg brtndakbals terhadap gangguan sbg 
                                usaha mengurgkan kesan ggguan.
                              - menarik minat org ramai spy beri tumpuan 
                                 padanya
                               - Cth:- beruang panda
                                 Hanya mkn daun buluh sedgkn daun buluh
                                 tinggi kndungan silikanya


Pengajaran yang saya perolehi pada kelas kali ini ialah Tuhan tidak menjadikan sesuatu hidupan itu sia-sia tetapi setiap satunya mempunyai peranan yang besar kepada manusia dan alam. Manusia mestilah mengkaji dengan lebih mendalam untuk memahami hakikat kejadian alam itu sendiri supaya manusia sentiasa bersyukur dan menyayangi sesama makhluk.




Back to Top