0

konsep sustainability


Konsep sustainability  memberi penekanan kepada pembangunan yang dibuat pada masa sekarang tanpa menjejaskan keupayaan generasi akan datang untuk memenuhi keperluan manusia. Pembangunan tetap berlaku tetapi tidak menjejaskan nilai estetika alamnya. Konsep sustainability mempunyai dua ciri utama iaitu

                  1) Berpusatkan manusia iaitu meningkatkan kualiti kehidupan manusia dengan menghormati
                        nilai-nilai semulajadi dalam menyokong kapasiti ekosistem.
                  2) Berkonsep normatif iaitu merangkumi penghakiman dan tingkah laku yang perlu dihormati
                       oleh masyarakat demi memenuhi keperluan untuk terus hidup sejahtera.


Eco-efficiency pula bermaksud menjana lebih nilai melalui proses dan perubahan teknologi , mengurangkan penggunaan sumber dan kesan alam sekitar melalui produk atau perkhidmatan hidup. Ia boleh digunapakai dalam semua aspek terutamanya perniagaan termasuklah dari segi pembelian, pengeluaran, pemasaran dan pengedaran. Aspek utama di dalam eco-efficiancy:-

1) Mengurangkan penggunaan bahan tenaga, air dan bahan asal
2) Mengurangkan sisa dan pencemaran
3) Menambahkan lagi fungsi produk atau perkhidmatan
4) Kitar semula produk
5) Meningkatkan perkhidmatan intensity contohnya menggunakan sesuatu perkhidmatan dengan lebih
        efisien.


Back to Top